Sinopsis: Kisah Zaman dan Marissa yang telah lama berpisah bertemu semula tanpa sengaja di Casablanca, Maghribi atas urusan kerja. Pertemuan singkat itu telah menyedarkan mereka tentang kesilapan masa lalu sehingga menyebabkan mereka bercerai. Mereka berdua telahpun bertunang dengan pasangan masing-masing dan keluarga Marissa sebenarnya sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan Marissa dengan Zul. Zaman pula sudah bertunang dengan Melena yang begitu mempercayai Zaman kerana kejujurannya.

 Pelakon: Remy Ishak, Uqasha Senrose, Gambit Saifullah, Sasqia Dahuri, Ahmad Fauzi, Zarina Zainuddin, Arill Fesol




Sinopsis: Tepat jam 6 pagi, seorang bayi perempuan yang sihat diletakkan di tangan Fiza, bayi itu terus diam saat dipeluk Fiza, dan saat itulah Fiza menjadi seorang ibu. Ayah Fiza tidak dapat menerima kenyataan apabila mendapat tahu anak perempuannya, Fiza yang masih bersekolah mengandung dan lahirkan anak luar nikah .


Sinopsis: Kisah Rezza dan Liyana yang baru berumah-tangga dan kehidupan mereka bahagia dan selesa. Namun, Liyana masih menjalinkan perhubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Fazley.








SKRIP : Nabil Ahmad

PENGARAH : Nabil Ahmad & Helmi Yusof
TERBITAN : KMN Production Sdn. Bhd
PELAKON : Alif Satar, Faizal Hussein, Hannah Delisha, Khatijah Tan

SINOPSIS THE HANTUS 
‘The Hantus’dihasilkan dalam lima bab yang berhubung kait di antara satu sama lain. 

1. Bab Pertama yang menceritakan kisah seorang individu yang dilahirkan pekak dan bisu, ‘Din Pekak’. Beliau yang bekerja sebagai seorang pemandu bas ekspres telah terlibat dalam kemalangan ngeri ketika membawa penumpang dari Genting Highlands, melalui lebuh raya Karak. Kemalangan tersebut telah menyebabkan semua penumpang termasuk pemandu terkorban di tempat kejadian kecuali Fami (lakonan Alif Satar). Fami, ‘terjaga’ dalam keadaan berlumuran darah dan mendaki bukit menuju ke jalan besar untuk meminta bantuan.

2. Bab Kedua pula menampilkan kisah ‘Abang Volkswagen Kuning’, yang diinspirasikan dari sebuah kisah misteri yang dikatakan sering menganggu pengguna jalan raya yang melalui lebuh raya Karak. Fami yang terlibat dalam kemalangan sebentar tadi telah melambai tangan dan menjerit meminta bantuan kereta-kereta yang memandu melepasi lebuh raya tersebut, namun tiada satu pun berhenti untuk membantu. Sehinggalah sebuah Volkswagen Kuning berhenti di bahu jalan, menghampiri Fami. Pemandu Volkswagen Kuning tersebut (lakonan Faizal Hussein) merupakan jelmaan atau hantu, namun Fami tidak menyedarinya. Sama seperti beliau tidak menyedari yang beliau kini berada di ‘persimpangan’ di antara dua kehidupan; dunia dan alam barzakh.

3. Abang Volkswagen kemudiannya membawa Fami ke satu tempat dan memperkenalkan beliau dengan ‘rakan-rakannya’, yang mana salah seorang darinya adalah ‘Kak Pon’ atau Pontianak (lakonan Khatijah Tan), yang diinspirasikan dari cerita ‘Hantu Kak Limah’. Bab Ketiga menceritakan momen gembira Fami bersama ‘rakan-rakan barunya’ ini di sebuah taman yang digambarkan seakan-akan taman tema pertama di Malaysia, ‘Taman Mimaland’ yang dikatakan berhantu kerana pelbagai perkara misteri berlaku di situ sejak ianya ditutup pada tahun 1994.

4. Di situ, Fami berkenalan dengan ‘Dhiya’ (lakonan Hannah Delisha), Babak Keempat ‘The Hantus’. Dhiya merupakan seorang gadis cantik yang terlibat dalam kemalangan tragik dan mengalami kematian otak. Fami mula menyukai Dhiya dan mereka kemudiannya jatuh cinta. Secara kebetulan, Fami dan Dhiya kini perlu sentiasa bersama kerana Dhiya dilihat akan jatuh pengsan setiap kali Fami berada jauh darinya. Fami juga kerap diserang sakit di bahagian hatinya, tanpa sebarang sebab. Setelah mengenali Dhiya dengan lebih rapat lagi, Fami kini mendapat tahu bahawa Dhiya merupakan penyumbang organ hati untuk beliau. Hati Fami telah mengalami kerosakan sepenuhnya oleh kerana kemalangan nahas yang dialaminya.

5. Babak Kelima pula menyorot kembali kisah ‘Fami’ sendiri dan bagaimana beliau berada di dalam bas ekspres yang dipandu Din Pekak sehingga terlibat dalam kemalangan dan jatuh ke dalam gaung, sehingga bermulalah ‘perjalanan misteri’ beliau ke alam ghaib.








Mengisahkan cinta tiga segi antara Laila, Naufal dan Hasnan. Laila berada dalam dilema kerana dia tidak tahu sama ada mahu memilih kawan lamanya, Naufal, atau Hasnan, doktor yang merawatnya ketika sakit.



Pelakon:  Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri
Pengarah: Osman Ali






Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.







Sinopsis : Mengisahkan kehidupan tiga beradik yatim piatu iaitu Johan, Syafiq dan Zed yang tinggal bersama-sama di sebuah rumah peninggalan orang tua selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sejak pemergian ibu bapa mereka, bapa saudaranya Razak (Azhan Rani) yang selama ini tidak begitu mesra dengan Johan sekeluarga telah muncul dengan agenda tersirat. Razak berhajat untuk memiliki rumah kediaman tiga beradik itu. Ketiga-tiga beradik itu kemudian terbabit dalam satu kemalangan sewaktu melakukan aktiviti lasak, terjunan bungee yang sudah dirancang oleh Razak. Apabila mereka melakukan terjunan secara serentak, tiba-tiba tali mereka terputus dan membuatkan mereka jatuh terhempas ke dalam gaung yang menyebabkan mereka koma di hospital.

Apabila tersedar, mereka terkejut apabila melihat rumah mereka kini dijadikan pusat rawatan mental. Pada masa sama, ketiga-tiganya menjadi panik apabila menyedari bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat kewujudan mereka. Justeru, Johan dan adik-adiknya menganggap bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat mereka dan tidak bagi manusia normal. Keadaan ini secara tidak langsung memudahkan mereka bertiga menyusup masuk dan melakukan pengintipan bagi mengenal pasti apa yang sebenarnya terjadi sehinggalah mereka menemui motif di sebalik penukaran status rumah agam mereka kepada pusat rawatan mental.



Sinopsis: Qistina dan Lais sudah berkahwin selama tiga tahun. Dari kaca mata orang sekeliling, mereka kelihatan bahagia bersama. Namun hakikatnya tidak. Mereka akhirnya memutuskan untuk bercerai.

Pelakon: Aisyah Azman, Ben Amir, Amy Mastura




Sinopsis: Jihan dan suaminya kalut apabila anak mereka tidak mahu pulang beraya di kampung. Pelbagai cara mereka mencuba namun kepintaran anak mereka mengatasi segalanya. Nampaknya mereka perlu untuk mendisiplinkan anak mereka sebelum hari raya tiba.

Pelakon: Jihan Muse, Ungku Hariz, Rania Humaira, Haeriyanto Hassan





Sinopsis: Lydia dan Rudy telah berkahwin. Lydia inginkan anak walaupun Rudy belum bersedia. Perangai Lydia makin menjadi-jadi apabila mengikut hukum-hakam dari kakiberamal.com.

Pelakon: Sharifah Sakinah, Aiman Hakim Ridza, Ungku Hariz & Fiza Thomas






Sinopsis: Niat jahat Mas Ayu dapat dihidu oleh Wan Peah, memaksanya untuk kembali ke kampung. Niat baiknya untuk menyelamatkan penduduk kampung dari gangguan Malika disalahertikan oleh Yeh, Li dan Ghani.

Pelakon: Zee Zainal, Acap, Bell Ngasri, Normah Damanhuri, Sherry Al-Hadad, Janna Nick, Sheila Rusly




Sinopsis: Selepas putus cinta Aida Maria membawa diri bercuti and berkenalan dengan Maizal Hairi. Maizal memujuk Aida untuk pulang beraya bersama keluarga. Tanpa diduga, ada kejutan menanti Aida Maria.

Pelakon: Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Amy Mastura, Jasper Supayah, Ali Reza, Fendi Seman





Sinopsis: Kerana kuih batang buruk, seorang atuk dan dua cucunya telah mula mengenali tentang cinta dan penerimaan apabila mereka terpaksa beraya tanpa nenek kesayangan di sisi.

Pelakon:  Asad Motawh,Ismail Izzani,Farhanna Qismina





Sinopsis: 3 anak muda bersaing untuk mendapatkan cinta Si Laila, gadis paling jelita di kampung untuk dijadikan isteri. Malangnya, Laila itu, anak kepada bomoh paling terkenal di kampung mereka.

Pelakon: Kumpulan Bocey, Nasha Aziz, Nasir Bilal Khan & Mak Jah


Sinopsis: Sofia susah untuk memilih antara dua calon, Raf atau Noah, lalu meminta pendapat ayahnya, Adam. Kini dua lelaki tersebut terpaksa memenangi hati ayah Sofia, seorang peminat fanatik bola.

Pelakon: Nabil Aqil, Adam Lee, Elfira Loy, Saiful Apek, Fify Azm




Sinopsis: Seorang bekas guru yang telah bersara yang kini penulis novel bertemu dengan seorang pemuda yang ingin belajar menulis novel dengannya. Pemuda itu sebenarnya bekas pelajar 'nakal'nya di sekolah dahulu.




Sinopsis: Filem arahan Syafiq Yusof ini berkisarkan tentang dunia kepolisan. Sepasukan polis berusaha menumpaskan sekumpulan perompak bersenjata yang banyak melakukan rompakan bank, yang turut dianggotai oleh salah seorang pegawai polis dalam penyamaran.

Pelakon: Syamsul Yusof, Rosyam Nor, Fattah Amin






SINOPSIS TERGANTUNG RINDU

Kisah dua beradik yang terpisah disebabkan hutang bapa saudara mereka berusaha untuk bertemu semula Mereka mengumpul duit dengan menjadi pemuzik jalanan.

JUDUL : TERGANTUNG RINDU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENULIS SKRIP : Raizal Affendy & Azreen Said
PENGARAH : Zainor Hisyam Samudin
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Haqiem Rusli, Tajul Ariff, Wany Hasrita, Hasnul Rahmat, Zarul Husin, Haida, Fikry Ceria Popstar, Aniq Ceria Popstar, Joe Aziz



Sinopsis: Kisah Sofea adalah seorang gadis baik yang sudah berapa lama bercinta dengan Armin dan merancang untuk berkahwin. Namun ibu Sofea, Nora sangat menegah akan hubungan terbabit.

Pelakon: Normah Damanhuri, Sherie Merlis, Emma Maembong, Mahmud Ali Bashah, Syazuwan Hassan, Raja Azmi





Sinopsis: Pok Ya masih tidak dapat melupakan Siti, isterinya yang telah lari. Untuk mengubati luka hatinya, Pok Ya bernikah dengan anak kawannya, tetapi isteri barunya tidak selembut Siti.

Pelakon: Sabri Yunus, Mawar Rashid, Issey Fazlisham, Wan Hanafi Su, Mazlan Sulaiman





Pelakon: Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mustapha Kamal, Saidi Sabri, Hadi Nawawi, Laila Nasir

SINOPSIS POK YA CONG CODEI
Pok Ya merupakan seorang samseng gedebe di Kelantan. Dia mendapat tugasan untuk mencari anak seorang peniaga yang diculik di Kuala Lumpur.




Sinopsis : Pelumba jalanan haram Kintang Kintung sentiasa menang dalam perlumbaan di jalanan. Satu malam ketika dia sedang berlumba, dia secara tidak sengaja telah melanggar seorang gadis, menyebabkan kematian gadis itu. Ini menyebabkan dia berehat seketika daripada berlumba akibat trauma. Traumanya semakin teruk apabila dia mula mengalami gangguan paranormal.





Sinopsis: Dua beradik Alyssa dan Rauf mencari datuk mereka yang menderita Alzhemeir sehari sebelum Hari Raya namun tersesat ketika pencarian harta karun datuknya.

Pelakon: Fasha Sandha, Abam Bocey





.



Sinopsis: Anak tunggal yang sememangnya rapat dengan ibunya ini, tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah kehilangan ibunya dalam sekelip mata.

Pelakon: Idris Khan, Nadiyah Shahab, Farah Nadiah, Ikmal Amry




Sinopsis: Summayyah dan Rais telah ditimpa bencana di malam raya sehingga Summayyah disahkan tidak dapat mengandung lagi. Setelah 3 tahun berlalu, Summayyah diuji lagi pada malam raya.

Pelakon: Aaron Aziz, Sharifah Sakinah, Anzalna Nasir, Azhar Amir




Sinopsis: Mak Cun dan Manisah berkeras ingin mengikut Maya ke LA. Satu hari Mak Cun dan Manisah keluar sendiri apabila Maya tinggalkan mereka di rumah. Manisah mengajak Mak Cun berjalan-jalan kononnya hendak berjumpa dengan artis Hollywood.

Pelakon: Erma Fatima, Umie Aida, Betty Rahmad, Mira Filzah





Sinopsis: Apabila penduduk Kampung Matilahnak tidak lagi takut pada hantu, Boss, selaku ketua hantu perlu mencari jalan supaya orang kampung kembali takutkan mereka.

Pelakon: Shuib Sepahtu, Shukri Yahya, Mark Adam, Mat Dan, Izzue Islam, Ruhainies







Sinopsis: Sufian berhijrah mencari rezeki di bandar dan meninggalkan anak dan isterinya di kampung. Janji hanya tinggal janji, selama 19 tahun Sufian tidak pernah pulang sehinggalah sesuatu terjadi.

Pelakon:  Rosyam Nor, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi, Sherry Merlis









Sinopsis: Mentari meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Firash. Namun ayahnya, Dato’ Ikmal sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri. Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid.

Pelakon: Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Adi Putra
 
Copyright © 2015 Nice VD
Distributed By Gooyaabi Templates